Oct 13, 2012

jika benar..

assalamualaikum..


Jika benar aku mencintaimu kerana Allah
Akan aku redha untuk melepaskanmu pergi

Jika benar aku merinduimu kerana Allah
Akan aku redha untuk melihatmu bahagia bersama pilihan hati

Jika benar aku menyayangimu kerana Allah
Akan aku ikhlaskan diri menerima segala suratan yang telah terjadi

Jika benar dengan melepaskanmu akan menyebabkan Allah redha denganku
Maka akan kukorbankan perasaan ini

Jika benar aku menagih cinta hanya Allahu Rabbi
Akan kucuba untuk mengabdikan diri hanya padaNya yang Satu
Akan kupanjatkan kesyukuran kerana meminjamkan cintamu kepadaku
Akan kusematkan dalam diri bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik untukku
Akan kujadikan AlQuran dan zikrullah sebagai peneman setiaku
Akan kuusahakan untuk menjadikan tahajjud dan qiamullail itu pendampingku

Dan jika benar aku mengasihimu kerana Allah
Doaku akan dititipkan buatmu selalu
Agar dapat kau melayari bahtera baru 
Bersama niat menjalankan ibadah dan menyempurnakan sebahagian daripada agamamu
Dan cintaku akan sentiasa bertasbih di atas sejadah cinta
Dan sentiasa mengharapkan redhaNya

InsyaAllah...


copy paste from a friend...thanks tari
reminder to me..

4 comments:

Princess Feyqa said...

betul2. setuju and like this entry <3

Nik said...

alahai sweetnya kata2 ni kan

TRAVELOG ATEH said...

Hidup dan mati hanya kerana Allah. Dari dia kita datang dan kepada dia kita pergi

a.R said...

bole copy jugak ke ni???

salam kenal..~

Krispi taupok shell ❤️

Assalamualaikum Today I made this. Senang buatnye Pki air fryer 5 Minit cmtu Healthy pun healthy hihi Sedappp.. Hihi.. Good for...