DASHBOARD HOME

Nov 9, 2012

kerana pernah by sunah sakura..

assalamualaikum..


Pernah.

Pernah saya berikan setinggi kepercayaan. Dan dengan rasa percaya itu saya diberi sebesar kekuatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari, bahawa rasa percaya itu hakikatnya menguatkan. Lalu hari-hari yang mendatang ditempuh tanpa peduli apa pun rintangan.

Pernah.

Pernah saya diberi sedalam kelukaan. Apabila rasa percaya dipulangkan dengan pengkhianatan. Hingga saya tertanya-tanya di manakah erti kejujuran? Sedangkan itulah yang paling diinginkan dalam persahabatan. Malah dalam setiap perhubungan dengan sekalian manusia seluruh alam.

Pernah.

Kerana pernah itu membuatkan saya lebih berhati-hati. Malah kadang-kadang terlebih waspada. Terlalu curiga dan penuh syak wasangka. Bimbang terjebak dalam kisah-kisah dongeng dan rekaan. Hingga saya sendiri disedarkan bahawa prasangka itu dosa.

Allah... Allah...

Siapa saya hendak menilai jujurnya manusia?

Orang kata, teruskan memberi. Jangan diingat keburukan orang lain pada kita, tapi ingatlah keburukan kita pada orang lain. Jangan dilupa kebaikan orang pada kita, tapi lupakan kebaikan kita pada orang lain.

Maka, lepaskan semua rasa, teruskan menjadi tangan yang di atas.


P/S:
 Bila terdetik saja rasa itu, beristighfarlah dengan sebanyak-banyaknya kerana Allah sedang menguji hati kamu sendiri. Biar syaitan jatuh terduduk.

Terima Kasih Sudi Singgah sini dan Komen..Kalau Sudi singgah lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...