Mar 3, 2013

DOA...senjata kita

assalamualaikum..

Doa itu mendekatkan manusia dengan Tuhan. Doa juga menunjukkan pergantungan manusia kepada Tuhan. Doa itu menjadi satu medium untuk manusia berinteraksi dengan ALLAh SWT. Doa, manusia tidak akan hidup tanpa berdoa.

ALLAh telah menjanjikan, bahawa doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.

Dan doa itu, ALLAh akan makbulkan dengan pelbagai cara sesuai dengan apa yang manusia perlukan. Doa yang ALLAh makbulkan dengan cara yang hebat adalah doa dari hamba-Nya yang hebat.


ALLAh memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?

1. Doa ibu bapa kepada anak-anak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

“Tiga doa yang pasti dimakbulkan ALLAh, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah)

2. Doa anak yang soleh yang mentaati kedua ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda tentang Uwais bin ‘Amir,

“Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti ALLAh SWT akan memakbulkan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)

3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan. ALLAh berfirman yang bermaksud,

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama ALLAh? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat ALLAh itu).” (Surah al-Naml : 62)

Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan ALLAh SWT.” (Riwayat Bukhari)

4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’” (Riwayat Muslim)

5. Doa orang yang sedang musafir

6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.

p/s : Nombor 4, Malaikat akan mendoakan yang sama untuk anda seperti apa yang anda doakan untuk sahabat/saudara anda. Maka, ikhlaskanlah hati berdoa yang baik-baik untuk orang lain.

MashaALLAh. Tabarakallah~!

Semoga ALLAh merahmati.

(- Sumber : Majalah Solusi, Isu 22 -)

copy dari makcik azimah 

muhasabah diri... ALLAH...i need YOU!!!! =(

3 comments:

Nik said...

so mai la sama2 berdoa tuk rakyat sabah.moga mereka dan negara kita di lindungi :)

Juliet_iRa~" said...

betul...

sbb tu doa tu senjata org mukmin :)

banyakkan berdoa..tak kira waktu kita susah, senang, gembira, sedih, muram..huuu

plg penting bila gembira jgn lupa pada Allah..

take care~

Juliet_iRa~" said...

betul...

sbb tu doa tu senjata org mukmin :)

banyakkan berdoa..tak kira waktu kita susah, senang, gembira, sedih, muram..huuu

plg penting bila gembira jgn lupa pada Allah..

take care~

Krispi taupok shell ❤️

Assalamualaikum Today I made this. Senang buatnye Pki air fryer 5 Minit cmtu Healthy pun healthy hihi Sedappp.. Hihi.. Good for...