Mar 1, 2012

penguat hati moga hari hari mendatang lebih kuat buatku..

ASSALAMUALAIKUM..

Penenang Jiwa ^___^'' copy artikel dri shbt tersyg,mira yg pinjam artikel ni dri langit illahi

Bismillahhirrahmanirrahim...

Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.

Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Rasa keperluan untuk berpaut?

Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.

Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.

Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.

Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?

Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.

Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.

Rupanya, Allah sentiasa ada.

Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.



Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.


Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.

Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.

“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

MasyaAllah…

Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.

Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.

Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.

Tidakkah jiwa terasa tenang?


Damailah hati

Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.

Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” Surah Al-Mulk ayat 2.


Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?” Surah Asy-Syarh ayat 1-3.

Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…

Allah, Allah, Allah.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.

Percayalah.

Penutup: Sudah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.

Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.

Sudah.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi
.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.


"Ya Allah kurniakanlah aku hati yang khusyuk, moga aku khusyuk dalam solat ku..ameenn ya Rabbi.."

p/s: sedap bace entry ni..buat hatiku yg bercelaru.gundah gulana.sedih ditmbh -ve a little bit here and there jdi a little bit tenang.....lemah nye aku ni....huhu..T_T...

Ya Allah...dekatkan lah hatiku kepadaMu..sesungguhnya aku banyak buat dosa selama aku hidup..dosa yang xterucap..hanya mampu disimpan didalam hati disamping air mate sebagai peneman kala teringtkan dosa itu..=(=(...

sungguh ..manusia mana yang tak buat silap..dan kesilapan aku itu..terlalu mudah membuatkan aku menitiskan air mata...

..hinanya ku rasa di mataMU ya Allah..saat air mata laju berjuraian saat sujud kepadaMu...
semoga hati terus tabah....



1 comment:

EruzuLiyana said...

tenanglah jiwa tenang tenang . allah bersama kita :)

Krispi taupok shell ❤️

Assalamualaikum Today I made this. Senang buatnye Pki air fryer 5 Minit cmtu Healthy pun healthy hihi Sedappp.. Hihi.. Good for...