Dec 3, 2011

Hari-hari Bulan Islam

Assalamualaikum..
hari ni nak share hari-hari yang baik dalam bulan Islam untuk bernikah. untuk bernikah ada hari yang baik dan tidak baik. bukan maksud tak bagus cume jikalau kita dapat tahu hari yang baik untuk bernikah. pernikahan kita akan lebih di berkati InsyaAllah~~
kadang-kadang kita pilih je tarikh yang cantik untuk bernikah tanpa tahu maksud tersirat kan. jom kita semak tarikh-tarikh yang baik. sumber dicopy paste dari cik azizah =)dan di petik dari sis kina ^_^
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S. 
01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. 
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat. 
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan. 
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir. 
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu. 
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh. 
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). 
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik. 
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. 
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat. 
16hb: Hari yang tidak bagus. 
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar). 
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah. 
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup. 
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar. 
21hb: Hari yang tidak bagus
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH. 
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah. 
24hb: Hari yang tidak bagus
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat. 
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. 
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik). 
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak. 
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
walau ape ape pon jangan terlalu taksub dengan hari hari ni. yang penting niat itu di perbetulkan. nikah hanya kerana Allah SWT. semoga semuanya di redhai Nya. Amin..
p/s: entry ini sekadar perkongsian=)
p/s: semoga hari ni bertambah baik n dipermudahkan segala urusan=)...

4 comments:

Anonymous said...

wah info yg bermanfaat.. akak nikah pd nisfu syaaban iaitu 15hb bulan islam.. Alhamdulillah
jemput singgah blog kak citra beri komen dan tweet sekali ye kalo ada.. harap ada rezki ke final

http://citrananizam.blogspot.com/2011/11/gadget-impianku-adalah-samsung-galaxy.html

nabila azmi said...

=)=)=)

Unknown said...

hehehe nice sharing my dear! selamat beramal tau :)

nabila azmi said...

thanks=)

Krispi taupok shell ❤️

Assalamualaikum Today I made this. Senang buatnye Pki air fryer 5 Minit cmtu Healthy pun healthy hihi Sedappp.. Hihi.. Good for...